fbpx
Offer end in :
Days
Hrs
Mins
Secs
Everything 10% Off

Welcome To Mawar Shazni Beauty

Our Team

kenali founder

Founder Mawar Shazni Beauty iaitu Rosniwati Binti Beharom dikenali sebagai Kak Ros. Seorang yang sentiasa menerapkan perasaan kepada orang sekeliling. Pada awalnya, beliau merupakan juru jahit & juga tukang make-up pengantin. Beliau telah ditimpa pelbagai ujian kerana suaminya yang menghidapi penyakit kulit iaitu Psoriasis & telah terkena serangan angin akhmar (Minor stroke) yang menyebabkan suaminya terpaksa berhenti bekerja. Kak Ros terpaksa memberhentikan sementara bisnes jahitan beliau untuk menjaga suami & anaknya. 

Kak Ros berusaha dan alhamdulillah Lembaga Zakat Selangor sudi untuk membantu untuk menanggung segala kos perubatan suaminya. Dari situ, Kak Ros menyimpan azam & hasratnya untuk sentiasa membayar zakat bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. Setelah suaminya beransur pulih, beliau dan suaminya bercadang untuk menghasilkan produk yang mampu membantu penyakit kulit seperti (Psoriasis) dan semua jenis penyakit kulit yang lain. Di situlah terciptanya jenama Mawar Shazni Beauty dengan penghasilan produk pertamanya iaitu Saapuu skin & diikuti juga produk Lipmatte, Sabun Scrub  & Hygiene wash.


Kini, beliau tekad membantu para isteri dan wanita menjana pendapatan dengan menyediakan pelbagai Program Keusahawanan dan Bantuan Perniagaan bagi mereka yang menginginkannya. Kak Ros juga aktif menjalankan program khidmat masyarakat bagi mereka yg memerlukan bantuan dari segi kewangan, makanan atau tempat tinggal dan sebagainya. Dari pengalamannya sendiri, sangat perit rasa hidup tanpa duit untuk menanggung segala perbelanjaan dan menjadi tunggak utama keluarga sehingga terpaksa untuk menggunakan duit raya anaknya sendiri. Kak Ros berharap agar Mawar Shazni Beauty dapat berkembang lebih maju & terkenal di seluruh Malaysia serta mampu membantu ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan, lebih berketerampilan & berkerjaya. Warnailah kehidupanmu dengan Mawar Shazni Beauty.

team mawar shazni beauty

COO Founder

Norshalizawati Shahar

Eksekutif Graphik Designer

Akmal Amir Zahid

Eksekutif Marketing

Mustaqim Roslan